Anugerah bintang dan pingat Jerman Nazi ialah pingat kebesaran tentera, politik dan awam yang dianugerahkan antara tahun 1923 dan 1945, mula-mula oleh Parti Nazi dan kemudian negara Jerman Nazi.
Anugerah pertama bermula pada tahun 1920an, sebelum pihak Nazi berkuasa di Jerman, dengan pingat kebesaran politik dipakai pada pakaian seragam Parti, berserta sebarang anugerah yang mungkin mereka perolehi semasa Perang Dunia Pertama atau sebelumnya.
Selepas tahun 1933, negara mula mengeluarkan pelbagai pingat kebesaran awam, yang boleh diberikan kepada mana-mana warganegara Jerman. Oleh itu, beberapa anugerah (seperti Sports Badges) telah diberikan kepada ahli Parti Nazi, anggota tentera Jerman, dan orang awam. Banyak anugerah standard negara Jerman, seperti medal keselamatan, telah direka bentuk semula dengan menggabungkan simbol Nazi, iaitu swastika.
Beberapa anugerah ketenteraan telah dizahirkan sebelum perang, termasuk pingat khidmat lama Wehrmacht, diikuti dengan anugerah penyertaan dalam Perang Saudara Sepanyol dan pengilhakan Austria dan Sudetenland, berserta sejumlah besar pingat dizahirkan selepas permulaan Perang Dunia II pada 1939. Peraturan anugerah juga membenarkan pemakaian serentak pingat tentera, awam, dan politik pada mana-mana pakaian seragam tentera atau separa tentera Jerman Nazi.
Anugerah dan pingat kebesaran Nazi telah dihentikan selepas kekalahan Jerman Nazi pada Mei 1945, dengan paparan swastika diharamkan. Pada tahun 1957 Republik Persekutuan Jerman membenarkan veteran-veteran yang layak untuk memakai banyak anugerah era Nazi pada pakaian seragam tentera Bundeswehr, termasuk kebanyakan pingat keberanian dan kempen Perang Dunia II, simbol swastika telah dipadam. Ini menyebabkan penciptaan semula banyak anugerah dengan, sebagai contoh, lambang swastika digantikan dengan simbol three-leafed oakleaf cluster (kelompok tiga daun oak) pada pingat Iron Cross dan dengan tarikh 1939 pada pingat War Merit Cross. Selain itu, anugerah ketenteraan baru telah dicipta untuk perkhidmatan pasca perang oleh kedua-dua kerajaan Jerman Barat dan Jerman Timur.
Templat:Decorations by country
Owlapps.net - since 2012 - Les chouettes applications du hibou