Aller au contenu principal

Ada Apa Dengan Cinta?


Ada Apa Dengan Cinta?


Ada Apa Dengan Cinta? ialah sebuah filem romantis Indonesia 2002 arahan Rudi Soedjarwo dan dibintangi oleh Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo. Filem ini ditayangkan selepas filem Petualangan Sherina yang dikeluarkan terlebih dahulu. Lagu tema Ada Apa dengan Cinta? yang dinyanyikan oleh Melly Goeslaw dan Eric menjadi hit dan penggambaran filem dibuat di beberapa lokasi di Gambir, Menteng, Jakarta dan Kebon Jeruk.

Filem ini meraih kejayaan yang besar di Indonesia bersama filem Petualangan Sherina (2000) yang menandakan kebangkitan kembali dunia perfileman Indonesia. Filem ini juga ditayangkan di Malaysia, Brunei, Filipina dan Singapura.

Sinopsis

Bertemakan percintaan remaja ketika di SMA, filem Ada Apa dengan Cinta? ini mengisahkan tentang Cinta seorang pelajar SMA. Dia selalu menjadi juara pertandingan puisi di sekolahnya yang selalu diadakan setiap tahun. Ceritanya bermula dari Alya yang tubuhnya bengkak kerana selalu dipukul oleh ayahnya. Alya ialah kawan Cinta bersama yang lain seperti Carmen, Maura, Milly.

Di sekolah, juara pertandingan puisi pada tahun ini akan diumumkan. Seluruh pelajar yakin Cinta yang akan menjadi juara, namun pemenangnya ialah Rangga. Kerana Cinta dan kawan-kawannya ialah pengurus majalah sekolah, dia akan mewawancara Rangga. Namun Rangga ialah seorang yang pendiam, pemarah dan penyendiri. Ketika Cinta bercakap dengan Rangga, dia melihat buku yang dipegang Rangga buku (AKU karya Syumandjaya). Kemudian Cinta memberikan surat dan membuat Rangga marah dan tanpa disengaja bukunya terjatuh. Cinta segera mengambilnya dan membawa balik buku itu untuk dibaca.

Cinta mengembalikan buku tersebut ketika Rangga sedang bingung mencarinya. Rangga pun berterima kasih kepada Cinta. Semenjak itu mereka menjadi dekat. Rangga mengajak Cinta pergi ke Kwitang tempat dia membeli buku lama. Ketika di kwitang, Cinta teringat akan janjinya untuk menonton konsert bersama kawan-kawannya. Dia pun meninggalkan Rangga untuk menonton konsert itu. Pada suatu malam Rangga dan Cinta keluar bersama pergi ke sebuah kafe. Namun sebelum Cinta pergi, Alya menelefon untuk memintanya ke rumah. Namun Cinta berbohong bahawa ia akan pergi ke hospital. Akhirnya Cinta pergi bersama Rangga. Di sana Cinta menyanyikan lagu yang dibuat dari puisi Rangga. Ketika Cinta pulang, mama Cinta pergi menjenguk Alya ke hospital kerana mencuba mahu membunuh diri. Cinta menjadi sangat menyesal.

Keesokan harinya di sekolah, Rangga menyapa Cinta. Namun Cinta berkata kepada Rangga supaya tidak mendekatinya lagi. Rangga pun bersepakat bahawa dia akan menjauhi dari Cinta. Ketika di hospital Cinta berterus-terang kepada Alya bahawa ia berbohong dan sebenarnya Alya sudah tahu bahawa Cinta akan keluar dengan Rangga. Cinta tidak tahu bahawa ketika dia bercakap jujur, kawan-kawannya yang lain ada dibelakangnya. Cinta pun meminta maaf kepada kawan-kawannya yang lain. Ketika Rangga yang ketika itu mahu berpindah ke New York , Amerika Syarikat mencuba menelefon Cinta untuk meminta izin pergi. Namun Cinta tetap menjauhkan diri dari Rangga. Carmen melihat Rangga meminta izin pergi dari Pak Wardiman seorang penjaga sekolah ketika ia bermain basket ball. dia pun segera memberitahu kepada kawan-kawannya.

Cinta yang menyedari Rangga adalah cinta sejatinya, segera menyusul ke bandara. Namun kereta Milly tersepit dengan kereta yang lain. Mereka pun meminjam kereta Mamet. Disana Cinta berjumpa dengan Rangga. Dia meminta Rangga supaya membatalkan niatnya untuk bersekolah diluar negeri. Namun Rangga tetap pergi meninggalkan Cintanya. Dia memberi buku kepada Cinta supaya Cinta membaca halaman yang terakhir buku itu yang terdapat puisi Rangga yang berjudul "Ada Apa Dengan Cinta". Rangga berjanji akan kembali ketika bulan purnama tiba di New York.

Pelakon

Runut bunyi

Ost. Ada Apa Dengan Cinta? adalah sebuah album lagu tema filem Ada Apa dengan Cinta? yang dibintangi oleh Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra yang dinyanyikan oleh Melly Goeslaw. Single dalam album yang berjudul sama, Ada Apa dengan Cinta? dinyanyikan oleh Melly Goeslaw yang berduet dengan Eric seorang penyanyi baru. Namun tidak semua lagu dinyanyikan oleh Melly Goeslaw seperti lagu Tentang Seseorang yang dicipta oleh Melly Goeslaw dinyanyikan oleh Anda Bunga. Penerbit soundtrack filem ini adalah Melly Goeslaw dan Anto Head.

Senarai lagu


Budaya masyhur

Sebuah parodi adegan dalam filem, secara peribadi dimainkan oleh Nicolas dan Dian, telah dibuat ke dalam iklan untuk sebuah pusat beli-belah popular di Jakarta dipanggil Plaza Senayan.

Anugerah

Festival Filem Indonesia 2004

Menang
  • Pelakon Utama Wanita Terbaik (Dian Sastrowardoyo)
  • Pengarah Terbaik (Rudi Soedjarwo)
  • Muzik Terbaik (Anto Hoed & Melly Goeslaw)
  • Filem Pilihan Masyarakat
  • Lakon Layar (Jujur Prananto, Rako Prijanto dan Riri Riza)
Pencalonan
  • Filem Terbaik
  • Pelakon Utama Lelaki Terbaik (Nicholas Saputra)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Mang Diman)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Ladya Cheryl)
Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Lihat juga

  • Ada Apa Dengan Cinta? 2014
  • Ada Apa dengan Cinta? 2
  • Milly & Mamet: Ini Bukan Cinta & Rangga

Rujukan

Pautan luar

  • Ada Apa Dengan Cinta? di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • (Indonesia) "Di balik Ada Apa dengan Cinta? Giliran Gonz jadi Perhatian" Diarkibkan 2016-03-14 di Wayback Machine, Hai
  • (Indonesia) "Katalog di RuangFilm.Com"

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Ada Apa Dengan Cinta? by Wikipedia (Historical)



INVESTIGATION